Mutaba'ah amal.

By farhan ali on 11:50 PM

comments (0)

Filed Under: , ,

klik pada gambar untuk imej yang lebih besar

HATI INSAN

By saudihamba_tolibulilmm on 12:37 AM

comments (0)

Filed Under:

seluruh hati setiap insan inginkan
ketenangan dan kegembiraan
tetapi allah berikan keadaan ini
kepada sesiapa yang dikehendakinya….

seorang yang berada di dalam
ketenangan dan kegembiraan
maka kehidupannya dirasakan begitu bahagia dan dilengkapi
dengan kesempurnaan…….

tetapi bagi orang-orang yang
diletakkan di dalam suasana
yang menyedihkan dan diliputi
dengan kehuru-haraan….

maka kehidupan mereka umpama
jasad yang akan ditinggalkan roh
kegelapan menghantui mereka
kebuntuan terbayang-bayang
didalam fikiran mereka
seperti hidup ini tidak mendatangkan
apa-apa makna dalam kehidupan mereka
dunia ini tidak lagi menjadi tempat
untuk menggembirakan mereka
umpama manis yang hilang daripada gula
umpama mereka dicampakkan di
dalam dunia yang begitu sempit
sehingga tidak boleh untuk bergerak
bebas dimana-mana….

tetapi

apabila hati ini terdetik
allah…allah…allah
sehingga hati ini dapat dilembutkan
dengan zikrulah
akan terpancarlah dalam
hati ini keagungan dan
kehebatan allah…..

sehingga hati ini meyakini
tidak ada apa-apa perara
yang boleh memberikan kebahagiaan
dan ketenangan melainkan hanyalah
dengan keizinan daripada allah

disaat ini apabila hati diisi
dengan keagungan dan kebesaran allah
maka allahlah yang akan mencampakkan
ketenangan dan kegembiraan yang sebenar
dalam hati nya
dan pada masa itu
diri ini akan merasa
sepenuh ketenangan yang tidak
dapat dihalangkan oleh sesiapapun……

seperti hati yang dianugerahkan
kepada saidina bilal r.a
apabila bibirnya mengucapkan
lailahaillallah muhammadurrasulullah
penyeksaan dan penderitaan telah
datang dalam kehidupannya
siang hari beliau dijemur diatas padang pasir yang begitu panas
dan dibadannya dihempap dengan batu yang besar
pada malam hari dicemeti
sehingga tidak henti-henti
tetapi bibir beliau tetap mengukapkan
ahad... ahad… ahad
allah lah yang esa...allah lah yang esa…
ini kerana hati beliau telah
mendapat ketenangan yang sebenar
daripada allah
kesan daripada hati yang
dilimpahi dengan keagungan allah

jadi

walupun kehidupan ini dipenuhi
dengan pelbagai masalah
tetapi hati ini tetap merasakan ketenangan
ini kerana hatinya telah dilatih
menjadi hati-hati yang meredhai apa
saje keadaan yang ditimpakan kepadanya
hati kecilnya berkata
allahlah yang mengetahui segala-galanya
dan allah akan memberi yang terbaik kepada orang-orang yang dikehendakinya
iaitu orang-orang yang hatinya sentiasa mencintai dan merinduinya yang disulami dengan keyakinan yang begitu teguh dan mantap
sehingga tidak mampu digoyahkan oleh sesiapapun…..

Beranikah kita jemu pada yang tersayang?

By farhan ali on 11:02 AM

comments (2)

Filed Under: , , , , , ,


“Berdosakah seseorang yang ada ilmu tapi biarkan orang yang terdekat berterusan dalam kejahilan (eg: ajar mengaji)”

Situasi sebegini, patut teruskan atau tidak?

Bagi tiap- tiap keadaan yang mahu dirungkaikan, andai kita tidak letakkan diri kita dalam situasi yang sama, sukar untuk menilainya dari hanya sebelah sudut. Jujur mengakui bagi diri sendiri yang jahil serba serbi lagi cetek ilmu dan pengalaman ni, tiap- tiap kali teringatkan soalan yang diajukan ini, ia mengingatkan diri sendiri pada tanggungjawab kepada keluarga yang tidak mungkin akan pernah sempurna. Ramai orang yang mengalami keadaan yang sama, cuma berbeza cara dan tahap. Dan tidak semua penyelesaian itu serasi dengan tiap- tiap orang. Pandangan saya yang tidak seberapa ini, walau tidak menjadi penyelesaian, semoga paling- paling kecil dan biar ia menjadi motivasi buat semua untuk terus kuat untuk bermujahah menunaikan tanggungjawab dan jangan pernah berputus asa.

PELIHARALAH DIRI DAN KELUARGAMU DARI API NERAKA, JIKA KAMU ORANG YANG BERIMAN!

Alhamdulillah hari ini jumaat yang lapang dan mempermudahkan urusan memberi pandangan. Memperkatakan mengenai tanggungjawab kita kepada keluarga terutamanya (dan orang- orang terdekat juga, kerana setiap mukmin itu bersaudara), ia akan mengingatkan pada satu firman Allah dalam surah at-Tahrim yang berbunyi;

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

Ini suruhan Allah SWT kepada orang yang beriman. Maka yang pertama- tama sekali, termasukkah kita ke dalam golongan orang yang beriman itu? Berimankah kita jika suruhan-Nya tidak kita laksanakan, dan membiarkan pula keluarga kita dalam kehanyutan? Tanyalah pada hati sendiri, tepuk dada tanya iman. Jika iman tidak memberi jawapan, besar kemungkinan ia tiada di situ. Atau mungkin juga iman itu telah mati. Na’udzubillah!

Saudara- saudari yang dikasihi Allah SWT,

Kita sebagai umat islam, paling asas sekali, berkewajipan untuk amar makruf nahi mungkar. Jika di hadapan mata kita, ada orang yang bakal terjatuh ke dalam lubang, sanggupkah kita hanya memandang sepi? Jika ada orang sedang menghadapi kebakaran, sampaikah hati kita biarkan tanpa cuba menyelamatkan? Kenal atau tidak, ada pertalian atau tidak, dengan rasa kasih sebagai manusia, pasti kita akan cuba menyelamatkan mereka bukan?

Bagaimana pula jika orang itu adalah orang yang kita sayang? Keluarga kita? Pasti lebih lagi kita mahu menyelamatkan mereka! Dan ini dik, yang mereka bakal hadapi, bukan lubang kecil tapi lubang neraka. Bukan bakaran biasa tapi bakaran 7 tingkatan neraka yang berbeza- beza panasnya. Sanggup kita biarkan?

TENTANGAN YANG MENYUKARKAN JALAN.

Ya, tentangan pasti ada. Tapi mengertilah, mereka menentang kerana mereka ‘belum nampak dan belum tahu’ bahaya yang ada di hadapan mata mereka itu. Kasihanilah mereka. Tanggungjawab kita besar sekali untuk menyedarkan mereka. Allah bagi kita hidayah, tidak hanya untuk menyuluh jalan kita sahaja, tapi supaya kita sama- sama kongsikan menerangi jalan orang- orang yang kita sayangi. Allah pilih kita, sebagai pendukung amanat untuk menyampaikan kebenaran dan membimbing orang- orang di sekitar kita. Itu amanah yang jika tidak kita laksanakan, maka dosanya akan terpikul pada bahu kita.

Hak mereka untuk diperbetulkan, sekalipun mereka tidak sedar dan tidak menuntut di dunia ini, ingatlah mereka akan menuntutnya di akhirat kelak. Pasti. Dan pastinya tidak akan mudah di sana. Bersabarlah dengan tentangan wahai saudara- saudariku sayang, dan kepada diriku sendiri yang disayangi, berikanlah hak mereka sewajarnya. Hak untuk ditegur dan diperbetulkan. Sepertimana kita mahu ada yang membantu menunjukkan jalanan kita, menjauhi kita dari bahaya yang kita tidak nampak di hadapan, maka bantulah. Hak mereka yang memberat di bahu kita, usah disimpan dan ditangguh- tangguh. Kenapa harus kita bebankan di bahu sedangkan banyak lagi bebanan lain yang kita pikul? Kembalikan kepada mereka, itu analoginya (:

Mujahadah itu pahit kerana balasan syurga itu manis, bukankah begitu? Maka bersabarlah. Fasobrun jamiilaa. Sesungguhnya Allah SWT beserta orang- orang yang bersabar. Dan janji syurga untuk mereka yang sabar.

GUNAKAN PENDEKATAN YANG SESUAI

Untuk menegur seseorang, kita perlu menggunakan pendekatan yang terbaik dan berhemah. Yang terbaik bila kita memperbetulkan mereka tidak di depan orang lain. Demikian untuk menjaga air muka mereka, tidak menjatuhkan ego mereka, untuk menyentuh hati mereka dan supaya dalam masa yang sama tidak menimbulkan bibit riak takbur mahupun menyasarkan niat kita kepada selain Allah.

Sekiranya tidak berjaya, sebaiknya gunakan orang tengah yang dihormati dan disegani untuk menegur bagi pihak kita.

Action speaks louder than words

Tindakan serta kelakuan yang ditunjukkan lebih berkesan dari sekadar kata- kata nasihat. Oleh itu betapa perlunya kita sendiri menjadi role model pada keluarga dan sahabat terdekat kita. Tunjukkan akhlak mulia sebagai mukmin dan beristiqomah dengannya, sepertimana akhlak Rasulullah s.a.w yang menjadi uswah atau qudwah hasanah kita. Betulkan niat kita, yang penting adalah usaha kita kerana natijahnya Allah SWT yang Maha Menentukan. Bukan hak kita untuk menentukan mahupun memaksa.

Jaga hubungan dengan Allah. Dan jaga hubungan yang baik dengannya dengan ikhlas. Doakan untuk kebaikan mereka yang kita sayangi. Sentiasa mengajak mereka ke arah kebaikan secara berterusan mengunjungi majlis- majlis ilmu bersama.

Saudara- saudariku yang dikasihi, jangan pernah jemu. Adakah kamu akan jemu pada orang yang akan menjadi saksi bahawa kamu telah melaksanakan amanahmu di hadapan Allah yang Maha Pengasih kelak? Renung- renungkanlah (:

YANG KECIL MENYUMBANG SEDAYA MAMPU, YANG BESAR MENYUMBANG SEMAMPU- MAMPUNYA

Kata Imam Hasan al- Basri,

“Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Orang yang tahu, kena bagi tahu. Jangan usia, harta, pangkat dijadikan tembok keegoan yang menghalang. Tidak semestinya hanya orang yang tinggi ilmu sahaja yang mesti mengajar. Jangan rendah diri hanya kerana kita bukan sesiapa, mahupun mempunyai ilmu yang cetek. Perbendaharaan ilmu Allah SWT itu luas, yang Dia anugerahkan dengan tingkatan berbeza- beza pada setiap hamba-Nya. Sedikit yang ada pada kita, sedikit yang kita tahu, maka yang sedikit itulah yang perlu diajar dan dikongsi pada orang lain. Berdosa menyembunyikan ilmu.

Baligghu ‘anni walau aayah.

Sampaikan dariku (baginda Rasulullah s.a.w) walaupun sepotong ayat’. Ilmu lain yang lebih banyak, insyaAllah, orang lain yang diberi rezeki ilmu tersebutlah telah diamanahkan untuk menyampaikan padanya. Dalam masa yang sama, kita sendiri juga perlu tingkatkan ilmu di dada juga. Sentiasa, kerana proses belajar itu tidak akan pernah terhenti sehingga mati datang menjemput. Carilah ilmu, dan carilah ruang untuk menambah ilmu. Marilah kita menjadi sebaik- baik manusia seperti yang diriwayatkan dalam hadith Imam Bukhari,

“khairukum man ta’allamal Quran wa ‘allamahu”

‘Sebaik- baik manusia di antara kamu adalah orang yang belajar al- Quran dan mengajarkannya.’ Cintailah taman- taman syurga dan semailah sifat ini.

Kun ‘aaliman” – jadilah orang yang mengajar
“au muta’alliman” – atau orang yang belajar (dengan sikap seorang pelajar)
au mustami’an” – atau pendengar (kepada ilmu yang diajar)
“au muhibban” – atau orang yang mencintai majlis- majlis ilmu

Allahu musta’an. Wallahu’alam.

Bacaan ayatul kursi dengan 9 wakaf.

By farhan ali on 2:28 PM

comments (2)

Filed Under: , ,

Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaikum wbt.



Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 buah hadith yang menerangkan fadilatnya. Di antaranya ialah untuk menolak syaitan, benteng pertahanan, lapangkan fikiran dan menambah iman. Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w.. dengan segera memerintahkan Zaid bt Tsabit menulis serta menyebarkannya.

Disebut dalam hadis Ubay Bin Kaab:

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله ورسوله أعلم قال يا أبا المنذر أتدري أي آية من كتاب الله معك أعظم ؟ قال قلت الله لا إله إلا هو الحي القيوم قال فضرب في صدري وقال والله ليهنك العلم أبا المنذر

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”. Aku (Ubay) berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui”. Sabda baginda: “Wahai Abu Al-Munzir, adakah kamu tahu apakah ayat dalam Kitab Allah yang bersama kamu, paling agung?”. Aku berkata: “Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum”. Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Semoga dipermudahkan ilmu bagimu, Abul Munzir”.

Direkod dalam Sahih Muslim (no: 810).

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda:
إذا أويت إلى فراشك فاقرأ آية الكرسي { الله لا إله إلا هو الحي القيوم } . حتى تختم الآية فإنك لن يزال عليك من الله حافظ ولا يقربنك شيطان حتى تصبح

Maksudnya: “Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi ‘Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum’, sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi”.

Direkod oleh Bukhari (no: 2187).


Salam jihad, semoga memberi manfaat.

Sebenar- benar cinta : Dari lubuk hati seorang bakal isteri.

By farhan ali on 2:06 PM

comments (1)

Filed Under: , ,


“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”

------------------------------------------------------------------------------------------

Hm. Ni petikan artikel entah dari mana2 saya rembat tadi. Betul la kan? Jangan terlalu baik, terlalu ambil berat dan terlalu rapat. Taknak itu semua. Untuk bakal zauj, walaupun di mana jua awak berada, saya ada pesanan untuk awak. Ini juga pesanan yang tersimpan dalam lubuk hati semua bakal zaujah...


Assalamualaikum wahai bakal suamiku,

Di sini aku mencoretkan pesanan, mudah- mudahan ia bisa menjadi sumber kekuatan dan penawar hatimu. Aku yakin pesanan ini akan sampai kepadamu di luar sana melalui apa jua cara dengan izin Allah, walau dirimu sendiri masih berada di luar pengetahuanku. Moga engkau terus tabah dan cekal dalam berjuang, menyebarkan syiar Islam (:

Berkahwin itu ibadah.
Berusaha untuk berkahwin itu juga merupakan suatu ibadah.
Namun hakikatnya yang penting di pengakhirannya bukanlah samada hidup bersendirian atau berkahwin, tetapi untuk terus kekal HIDUP DALAM IBADAH.

Sememangnya Allah s.w.t telah menciptakan kita berpasang- pasangan. Maka untuk setiap pasangan itu mempunyai rasa kecenderungan terhadap pasangan masing- masing. Jadi jangan risau andai kau LAMBATmenemuiku, kerana pasti Allah telah pelihara perasaan itu,terkunci ketat dalam hati ini. Jangan kau risauTIDAK menemuiku, kerana tidak Allah ciptakan sesuatu itu berpasangan andai kesudahannya kita tidak akan bersama. Bukankah begitu? Jangan juga kau risau ANDAI aku merasa kesunyian kerana kau belum hadir untuk mencurahkan kasihmu. Cinta Allah telah memenuhi ruang hatiku, dan kalimat sunyi itu tidak bermakna padaku berbanding memelihara supaya perasaan ini terus suci, untuk dihadiahkan padamu secara halal bila waktunya kau hadir nanti. Justeru aku lebih rela untuk masih tidak menemuimu.

Telah Allah tentukan pasangan kita, 500 tahun sebelum kita diciptakan lagi. Ya, aku pernah terdengar kata- kata ini sebelum ini. Justeru, yakinlah. Bukan meyakini kata- kataku, tapi yakinilah ketetapan Allah s.w.t. Serahkan diriku dalam penjagaan Yang Maha Berkuasa, yakni Pemilik Segala Cinta. Jangan risau akan kemungkinan aku menjadi milik selain darimu. Kerana jika benar aku bisa membawa kebaikan untuk agamamu dan kehidupanmu masa kini dan masa datang, tidak mustahil aku pasti benar- benar menjadi milikmu. Dan jika kehadiranku hanya membawa keburukan padamu, pada agamamu, kehidupanmu kini dan masa hadapan, maka jangan gundah untuk tidak memilikiku. Itu sudah membuktikan aku bukan yang terbaik untukmu.

Aku mendoakan supaya kita sama- sama berjaya dalam urusan kita, kau dengan jihadmu, dan aku dengan jihadku. Aku menantimu dengan keelokan agamamu yang aku cintai. Hilang agamamu, bakal hilanglah cintaku kepadamu. Itu janjiku pada Tuhan Pemilik Nyawaku. Dengan agama dan ilmu yang masih belum mantap, bagaimana mungkin Dia akan menitipkan aku untuk dijaga sebaiknya olehmu? Bila agama dan ilmuku belum mantap, begitu juga Dia tidak akan mempertemukan aku denganmu. Dia menyayangimu dan memeliharamu untuk kebaikan dunia juga akhirat, sedangkan bila kiranya aku belum mantap, bisa saja aku merosakkan agama dan kehidupanmu.

Allah Maha Mengetahui akan hakikatnya kita belum bersedia.

Bisa saja rasa cinta kita mengundang ancaman azab seksanyanya.

Inilah waktunya, ia menjadi tempoh ujian kepada kita. Tempoh untuk kita sama- sama memperbaiki agama dan diri kita. Untuk memantapkan ilmu sebagai wadah untuk berterusan hidup di dalam ibadah. Walau kita belum pernah bersua. Walau kita saling tidak mengenali. Itu bukan alasan untuk kita melengahkan masa. Masakan hanya mahu mencari payung setelah hujan mula turun menimpa...?

Bakal zauj ku,

Usah bergegas, kau kan pasti menemuiku,
bila tiba waktunya di mana perjuangan kita adalah sama...
untuk memikul tanggungjawab yang memerlukan kita saling menyokong..
Waktu itu aku pasti bersedia untuk menjadi sayap kirimu,
Menjadi makmum kepada imam pilihan Allah s.w.t,
Menjadi zaujah dan sahabat karibmu,
saat kita ditakdirkan untuk melalui jalanan yang sama.

Namun andai tiada kesempatan untuk kita di dunia, maka berbahagialah.
Aku masih setia, untuk menunggumu, insyaAllah di akhirat sana (:

artikel asal : http://al-matinulkhuluq.blogspot.com/2011/03/bingkisan-kasih-untukmu-bakal-suamiku.html

Hukum Mengkafirkan Golongan Al Asya'iroh

By farhan ali on 6:55 PM

comments (0)

Filed Under: , ,

Soalan :

Terdapat golongan yang mendakwa 'berilmu mengenai Al Quran dan Hadith', bangun mengkafirkan satu kumpulan daripada umat Islam yang dikenali sebagai : Al Asya'irah. Apakah hukum mereka yang mengkafirkan mereka ini dan apakah peranan yang telah dimainkan oleh kumpulan al Asya'irah ini dalam berkhidmat untuk umat Islam?


Jawapan :

Al-Asya'irah ialah para pengikut Imam Abu Hasan al Asya'ari yang mempunyai jasa besar dalam membersihkan aqidah ahli Sunnah wal jama'ah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Muktazilah. Kebanyakan pendokong dan ulama-ulama ulung umat ini adalah golongan asya'irah ini. Sedangkan golongan yang mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka dari segi ilmu, warak dan takwa.

Di antara ulama Asya'irah ialah :

Imam Al Haramain, Al Ghazali, Ibnu Hajar al Asqalani, Fakhruddin ar Razi dan lain-lain. 

Apakah dosa yang telah mereka lakukan? Adakah kerana mereka bertungkus lumus untuk membuat penolakan ke atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah berhubung dengan Zat ALlah? Golongan Musyabbihah ini cuba untuk menetapkan bahawa ALlah Subahanahu wa ta'ala mempunyai jisim melalui ayat mutasyabihat dan hadith-hadith yang menyatakan secara zahirnya bahawa ALlah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya.

Lalu Ulama Asya'irah bangun membuat penolakan ke atas kekeliruan mereka itu dengan membawa ayat-ayat dan hadith-hadith tadi kepada makna majaz, kerana golongan musyabbihah ini tidak menerima prinsip 'tafwidh' (penyerahan maknanya kepada ALlah), maka hujah Musyabbihah ini tidak dapat ditolak melainkan dengan menggunakan kaedah 'takwil'. Walaupun begitu, mereka (Asya'irah) tetap berpendapat, 'At tafwidh' dan tidak mendalami untuk mengetahui maksud sebenarnya adalah lebih selamat bagi aqidah.

Syubhat (kesamaran) yang digunakan oleh golongan yang mengkafirkan ulama' Asya'irah ini ialah dengan menuduh golongan tadi (Asya'irah) menolak sebahagian sifat ALlah kerana golongan tadi menganggap bahawa tangan, kaki, mata adalah sifat-sifat bagi ALlah sepertimana qudrat, iradat dan ilmu. Menurut mereka, sebagaimana ALlah ta'ala mempunyai qudrat yang bukannya seperti qudrat kita, ilmu yang bukannya seperti ilmu kita, maka begitu juga Dia mempunyai tangan tetapi bukannya tangan kita, mata bukannya seperti kita.

Sedangkan tidak sedikitpun tersembunyi bahawa lafaz tangan, mata dan jari-jari adalah nama-nama zat dan bukannya nama-nama sifat. Sekiranya kita menyebut 'tangan', maka akan tergambar di dalam benak fikiran kita tangan yang berjasad (mempunyai bentuk). Tetapi sekiranya kita menyebut 'qudrah' (berkuasa), tidaklah tergambar ke fikiran kita qudrah yang berjasad (yang boleh dirupakan dengan bentuk). Jadi qiyas yang digunakan oleh mereka gunakan itu adalah qias yang tidak tepat.

Oleh itu, melemparkan kejian ke atas ulama Asya'irah yang mentakwil ketika berhadapan dengan golongan Musyabbihah, bererti telah mencabul kemuliaan mereka dan melakukan kezaliman ke atas mereka dan menolak jasa yang mereka curahkan untuk menjaga aqidah. Apatah lagi sekiranya mereka ini dikafirkan. Mereka yang mengkafirkan golongan Asya'irah ini akan digolongkan ke dalam mereka yang dimaksudkan oleh hadith RasuluLLah yang bermaksud :

"Sekiranya seorang lelaki memanggil kepada saudaranya seIslam, "wahai kafir", maka kata-kata itu akan terkena kepada salah seorang daripada keduanya. Sekiranya benar seperti yang dikatakan, maka dia selamat. Jika tidak tepat, maka tuduhan itu akan kembali kepadanya. (Muttafaq 'Alaih)

Dan hadith :

"Sesiapa yang memanggil seorang lelaki dengan lafaz kekufuran atau memanggil, "Wahai musuh ALLah," sedangkan yang dituduh itu bukanlah seperti yang dikatakan, maka tuduhan itu kembali kepada penuduh," (Muttafaq 'Alaih)

Perumpamaan mereka yang mengkafirkan ulama 'Asya'irah atau Imam Abu Hasan Al Asy'ari sendiri bagaikan seorang pelatih baru yang ditempatkan di hospital untuk belajar dengan seorang doktor pakar yang mempunyai sijil yang tertinggi, sedangkan pelajar yang baru tadi sekadar membaca atau belajar cara membalut luka. Kemudian selepas belajar cara membalut luka itu, dia bangun mempertikaikan doktor pakar tadi dan melemparkan tuduhan doktor tadi tersilap dan jahil dan meragukan orang ramai pada maklumat yang dimiliki oleh doktor pakar tadi.

Sumber Ambilan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

Doa Awal dan Akhir Tahun

By farhan ali on 11:26 AM

comments (0)

Filed Under: , , ,

Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.

Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah.


Jika diteliti doa awal dan akhir tahun tersebut, diakui bahawa lafaz Arabnya sangat elok, susunan kata-katanya menarik, dan maksud kandungan doa juga tidak bersalahan dengan mana-mana prinsip syarak.

Tetapi, oleh kerana doa ini ditetapkan lafaz bacaannya, bilakah waktu dibaca, berapa kali bacaannya diulangi, dan apakah fadilatnya, maka upacara membaca doa ini adalah termasuk dalam bidaah. Kerana bacaan doa ini tidak pernah direkodkan dalam mana-mana kitab hadis muktabar, tidak pernah dinukilkan amalannya di kalangan para sahabat, tabien dan para salaf, dan tidak disebut pun oleh imam-imam yang masyhur.

Sedangkan kita tahu doa adalah ibadah. Dan dimaklumi bahawa ibadah bersifat tauqifiyyah iaitu mesti diambil asal dan kaifiatnya daripada syarak. Tetapi, dalam persoalan doa awal dan akhir tahun ini, tidak didapati sebarang asas pun daripada nas-nas syarak.
Syeikh Bakr Abu Zaid -rahimahullah- menyebut satu kaedah dalam amalan doa, iaitu: Setiap orang yang mengada-ngadakan sesuatu dalam urusan ibadah seperti doa dan zikir dalam bentuk yang ditetapkan dengan menganggap ia adalah satu sunnah, sedangkan ia bukan daripadanya, maka dia dihukum berdosa.

Alasannya perbuatan ini adalah satu bentuk meninggalkan perkara yang disyariatkan, satu penambahan terhadap syarak, satu galakan terhadap amalan yang bukan daripada syarak, dan menyebabkan orang awam menyangka bahawa ia suatu yang masyruk. (Tashih Ad-Dua: 44)

Apabila dikatakan bahawa ia bidaah, pasti ada suara membantah, “Sikit-sikit bidaah, apa salahnya berdoa?”. Ya, berdoa tidak salah. Ibadah doa boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai.  Termasuklah berdoa pada tarikh 29 Zulhijjah. Yang salahnya ialah menetapkan bentuknya seolah-olah ia daripada syarak. Ditambah pula dengan fadilat palsu tentang kata-kata syaitan begitu dan begini, dan jaminan pengampunan dosa selama setahun. Ini semua perkara ghaib yang mesti diambil daripada nas-nas sahih.

Ada juga mengatakan, “Perkara kecil seperti ini pun hendak diperbesar-besarkan?”. Jawapan kepada persoalan ini ialah kata-kata Imam al-Barbahari, “Dan awaslah kamu daripada perkara-perkara kecil yang diada-adakan, kerana bidaah-bidaah kecil akan berulang hingga ia menjadi besar”.

Ibn Taimiyyah pula mengatakan, “Bidaah-bidaah pada permulaannya hanya sejengkal. Kemudian ia bercambah di kalangan pengikut-pengikut, hingga menjadi beberapa hasta, beberapa batu dan beberapa farsakh“. (Satu farsakh bersamaan 3 batu).

Oleh itu,  janganlah dipandang mudah terhadap perkara-perkara kecil yang menyalahi syariat, apatah lagi termasuk dalam bidaah. Dan yakinilah bahawa setiap amalan ibadah yang dilakukan, sedangkan ia bukan daripada agama, maka amalan itu ditolak oleh syarak. Wallahu A’lam.

Abu Umair,
28 Zulhijjah 1429

Wahai penyebar kalam fitnah, berhentilah!

By farhan ali on 10:38 AM

comments (0)

Filed Under: , ,

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Hudzaifah r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak akan masuk syurga tukang fitnah." Diriwayatkan juga dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apakah kamu tahu siapakah sejahat-jahat kamu?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih tahu."Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sejahat-jahat kamu ialah orang yang bermuka dua, yang menghadap kepada ini dengan wajah dan datang kesana dengan wajah yang lain."

         Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. berjalan melalui dua kubur yang baru ditanam, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kedua kubur ini sedang disiksa dan tidak disiksa kerana dosa besar, adapun yang satu maka tidak bersih jika cebok dari kencingnya dan yang kedua biasa berjalan membangkitkan fitnah. KemudianRasulullah s.a.w. mengambil dahan pohon yang hijau lalu dibelah dan menancapkan diatas kubur masing-masing. Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, mengapakah engkau berbuat itu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Semoga Allah s.w.t. meringankan keduanya selama dahan ini belum kering."

***************************************

Buat kesekian kalinya, jemari digagah menggugahkan kalam . Ada yang mendesak supaya mencatat buah rasa sebagai pemerhati luaran dunia, moga- moga bisa jadinya fikiran yang tidak seberapa ini dapat sahaja titipannya menjadi peringatan dan teguran buat yang dapat menerima.

Di sebalik suntuknya masa yang ada, ruang dicari untuk melawat mengambil tahu khabar teman- teman realiti dan maya. Membaca buah fikiran mereka, menilai baik dan buruk cukup dalam proses mengenali diri mereka. Situasi yang berbeza, juga cara kita menilai sesuatu perkara adalah berbeza walau kadang- kadang terdapat persamaan meletakkan diri saya tidak pada tempat layaknya untuk memberi hukuman. Apalagi perjalanan dan proses pembelajaran diri ini masih lagi di garis permulaan, dan tempoh waktu dua dekad ini belum cukup untuk mengenali manusia.

Satu yang saya tidak setuju, proses tuding menuding jari kini sangat kritikal. Sifat saling menyalahkan sesama sendiri, mahu menjulang kalah dan menang, saling membuka aib sendiri semakin berleluasa. Apalagi bila ia berlaku dalam kalangan orang melayu sendiri, sangat menyedihkan. Bila masing- masing bertelagah demi kepentingan peribadi masing- masing, umpamanya dua tangan yang saling bercakaran mengoyak daging pada satu tubuh. Binasanya tubuh itu, bukankah juga keduanya akan hilang upaya? Ini yang terjadi bila kepala yang dijunjung tidak boleh dimanfaat akalnya. 

Sia- sia.

Ironinya, saya yang lemah ini sedang melihat umat seagama dan sebangsa sedang bertelagah, dan pihak musuh sedang ketawa berdekah- dekah di sebelah. Hanya menanti tuan- tuan tanah lemah sebelum mengangkat kaki memijak kepala mereka tanpa perlu adanya usaha berlebihan selaku penjajah. Umpamanya angin perang saudara sedang bertiupan di seluruh negara. Bahangnya semakin menyala dari hari ke hari.

Tidak cukup dengan orang- orang yang memegang amanah sebagai amirul ummah bercakaran, para pengikut pula tidak kurang mencucuh api menambah marak nyalaan. Sifat asabiyyah ditinggi- tinggikan, hubungan kekeluargaan, persahabatan berpecah- belah.

Yang tidak tahu pun turut galak ingin bercakap, berlagak serba tahu melebihi orang- orang berilmu. Sedang dalam masa yang sama, orang yang berkepakaran dileceh- remehkan dan kata- kata mereka dipetik- putarkan supaya menjadi bahan pemarak api. Segala jenis saluran media digunakan baik peribadi mahupun umum, menyebarkan buah fikiran sendiri menyalahkan pihak itu dan ini. Percaya pada berita- berita fitnah tanpa memeriksa kesahihannya, adalah satu sikap yang memudaratkan.

Ini adalah musibah. Musibah besar, apalagi pada zaman yang mana belenggu fitnahnya seumpama debu- debu yang berterbangan yang bisa hinggap di kulit dan tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya apa yang kita mahu perjuangkan?

Apa kepuasannya melihat saudara seagama sebangsa sendiri bertelagah?

Wahai umat islam, jangan sampai tajam penamu semberono mencantas leher saudaramu sendiri!

sumber gambar

…dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh…
(al-Baqarah: 191)

Andai dirimu mencari yang ideal.

By farhan ali on 11:50 AM

comments (2)

Filed Under:

Kadangkala para wanita tertanya- tanya juga, bagaimana agaknya lelaki yang bakal diamanahkan untuk menjadi imam mereka kelak? Ada kemungkinankah memenuhi pandangan dan tanggapan masing- masing? Atau sebenarnya bagaimana pandangan yang perlu dilihat pada seorang lelaki?

Mudah sahaja, kita tidak perlukan lelaki yang turun dari syurga.


NAMUN YANG IDEALNYA BAGAIMANA?

Hanya cukup dirinya seorang yang tetap pendirian. Firm. Firm action and firm thought. Dan cool, tenang sentiasa. Seorang yang berani berdepan dengan masalah, bukannya lari dari masalah. Kita tidak perlukan seorang hero yang tiada rasa takut, gutless, fearless @ heartless, sebaliknya seorang yang sanggup atasi rasa takut demi amanah yang menuntut, demi orang- orang yang dekat di hatinya. Amanah agama yang paling utama.

Keduanya, sebagai seorang lelaki yang dilahirkan untuk menggalas pelbagai tanggungjawab, dia perlulah tunjukkan usaha ke arah mempersiapkan dirinya. Biar ada inisiatif untuk bertanggungjawab. Jenis yang berdikari, bukannya hanya menghabiskan masa dengan bermain games, menonton drama dan filem entah apa- apa, yang bergaul tak tetap dan hidup tanpa matlamat. Orang yang tak nampak masa depan, walaupun dia seorang pelajar jurusan professional dan mendapat permintaan tinggi sekalipun, andai terlalu selesa dengan angan- angan yang belum pasti akan diperolehi, bukanlah seorang yang boleh diharap untuk memikul tanggungjawab. Bersikap sambil lewa sebegini, bolehkah dia menanggung seorang wanita dan bakal anak- anak nanti? Tidak rugi untuk ditanamkan sikap curiga untuk itu.

Orang sebegini, sebagai seorang kawan, teman, kenalan mungkin boleh diberi sedikit peluang. Tetapi sebagai suami atau ketua keluarga, itu sesuatu yg berat sekali.

Itu semua sebenarnya dalam skop agama. Sengaja tidak disebutkan agama, kerana definisi agama pada masyarakat sekarang adalah ustaz ustazah, lepasan pengajian agama, lepasan universiti timur tengah. Tidak mahu hanya sekadar luarannya, tapi mahu dalamannya yang ‘berisi’. Bukan title ustaz dunia, tapi mahukan seorang yang beriman keseluruhannya dunia dan akhirat.

Susah untuk dicari, sukar untuk dipilih. Seorang yang tampak biasa, tapi dalaman luar biasa.

Itulah lelaki ideal pada pandangan peribadi saya.

Mancari yang ideal itu tidak bermaksud  mencari yang sempurna, tetapi yang menunjukkan potensi untuk bersama- sama mencari jalan meraih redha Allah, yang akan membimbing juga menyempurnakan iman bersama, yang akan bersama membentuk keluarga, dan mengasuh zuriat menjadi pembela agama.
Tidak perlu lelaki yang turun dari syurga, dan tidak juga yang sempurna.

Tidak semestinya seorang lelaki yang hebat dari awal, tapi seorang yang sentiasa memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

Maka jangan risau wahai kaum hawa, mereka mungkin ada di sekeliling anda. Yang sudah digilap dan juga yang berpotensi untuk digilap. Hanya perlu untukmu menambah iman dan taqwa bersedia menjadi sayap kirinya. Untuk lelaki- lelaki harapan seperti ini, saya percaya ada di mana- mana. Mereka yang berusaha untuk berubah.

Dan yang ikhlas niatnya, liLLAHi ta’ala (:

By farhan ali on 9:49 PM

comments (0)

Filed Under:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails