Waktu syuruk.
28 minit selepas Subuh.
Pada waktu ini dikatakan tanduk syaitan berada di antara matahari. Solat waktu ini juga disamakan dengan orang- orang yang menyembah matahari..
Waktu zawal / istiwal
5-10 minit sebelum zohor
Di waktu ini matahari berada tegak di atas kepala. Dikatakan pada waktu ini api neraka sedang bergelodak dan syaitan sedang berkeliaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments for this post
Ehm...tapi kiz ada soalan nie...bagaimana kalau kita terlewat bangun tidur dan masa tu dah lebih 30minit subuh?
Visit us
www.kizgarden.blogspot.com
Macam ni ya kizz, contohnya hari ni di shah alam:
waktu subuh:
jam 6 pagi
waktu syuruk:
jam 7.12 pagi
Bermula 28minit dari waktu syuruk itu adalah waktu haram solat yakni sehingga jam 7.40pagi.
sekiranya tersedar 30minit melepasi waktu subuh(contoh 7.42pg), itu dah melepasi waktu syuruk (contoh 7.12-7.40pg).
maka bolehlah qadha solat tersebut.
Ada pendapat mengatakan qadha itu sebenarnya tidak wujud, walaubagaimanapun memandangkan solat itu wajib dan kita tidak sengaja/ menyesal maka di sini perlunya qadha solat2 yang ditinggalkan.
wallahualam.
terima kasih atas pertanyaan.
penambahan di sini, waktu haram solat di sini merangkumi solat- solat sunat SAHAJA.
bagi solat fardhu, segerakan qadha sebaik sahaja tersedar.
salam..
nk tanya ada waktu haram lain selain yg di nyatakn?
pastu nk tnya..contoh kata waktu zohor start 1.15 hingga 4.30..diantara waktu itu kita boleh tunaikn solat zohor kn?sy tau melewatkn semayang tu x baik..tp kalo kata kita solat jgk antara pkol 3.30 ke..pkol 4 ke..adakah masih boleh d terima solat itu?ke ada jugak masa haram?same juga bagi waktu solat lain..nk tau sgt
salam w.b.t
saudara/saudari anonymous, maaf tak perasan pertanyaan ni.
untuk SOLAT SUNAT, tiada solat sunat selepas waktu subuh dan selepas asar.
bagi SOLAT FARDHU, masanya seperti yg ditetapkan. namun paling afdhal, kita solat di awal waktu. jika sengaja melewat2kan tanpa sebab yg dibenarkan syara' contohnya sengaja melewatkn semata2 nk buat kerja, menonton tv, bersiar2 etc, itu adalah berdosa.
itu dikira meringankan ibadah solat sedangkan solat ni benda pertama yg akan dihisab. tak lepas bahagian solat,adakah mungkin kita boleh lepas untuk amal lain? solat yg diringan2kan akan dicampak kembali kpd kita yakni tidak diterima.
ingatlah, barangsiapa yg mnjaga solatnya, nescaya Allah akan mjaga urusanNya. saudara/i yg dikasihi, mari sama2 kita tingkatkn amal dan mengingatkan diri kita, moga Allah redha.
wallahu'alam.
salam.
drpd komen saudara farhan ali:
''untuk SOLAT SUNAT, tiada solat sunat selepas waktu subuh dan selepas asar.''
boleh specific kan ''selepas waktu subuh'' tu dari pukul berapa ke pukul berapa?
sbb keliru dgn waktu solat sunat dhuha.
bagaimana pula dgn solat2 sunat yg lain contohnya solat hajat n istikharah? boleh x buat solat2 sunat ni dlm pukul 10pagi smpai sebelum waktu zohor (waktu istiwal)?
waalaikummussalam wbt saudara/saudari man ana.
Ya, saya memohon maaf sekiranya kenyataan ini mengelirukan. ''untuk SOLAT SUNAT, tiada solat sunat selepas waktu subuh dan selepas asar.''
bermakna sekalipun kita masih dalam waktu subuh, sebaik sahaja kita selesai menunaikan solat fardhu, tiada lagi solat sunat yg dibolehkan walaupun sekadar solat ba'diah (solat iringan selepas subuh). begitu juga dengan solat dalam waktu asar. contohnya, tidak boleh didirikan solat iringan, hajat dsb selepas solat fardhu asar atau dalam waktu tersebut.
yang keduanya bagi solat subuh, perlu kita fahami dengan jelas bahawa waktu subuh, waktu syuruk dan waktu dhuha itu adalah BERLAINAN dan berturutan.
@ waktu syuruk: dalam jangkamasa 28 min bermula selepas waktu subuh tamat
@ waktu dhuha : selepas waktu syuruk. (sebagai contoh, sekiranya syuruk/terbit matahari yang menandakan berakhirnya waktu subuh adalah pada jam 7.00 pagi, waktu dhuha bermula jam 7.28 pagi pada hari tersebut)
bagi solat- solat sunat yang tidak ditentukan secara spesifik waktu untuk dikerjakan contohnya solat sunat taubat, hajat, istikharah, terpulang pada saudara/ saudari untuk mengerjakannya pada bila- bila masa selagi ia tidak dikerjakan pada waktu yg dinyatakan haram.