Sanggul Arab dan "Bonggol Unta"

By farhan ali on 8:00 PM

Filed Under: ,

Trend pelik yang menular kebelakangan ini, penggunaan sanggul [bulu/rambut palsu??] yang dipopularkan. Terperasan berlambak- lambak iklan sanggul arab dalam majalah yang dibeli kebelakangan ini. Antara salah satu petanda mampirnya hari kiamat, bilamana yang batil diangkat dan yang haq dinafikan terang- terangan.

Sekali tengok macam kepala panjang ala- ala tengkorak alien zaman dulu macam dalam muvi INDIANA JONES AND THE KINGDOM OF CRYSTAL SKULL pun ade gak.

Sebagai peringatan, mari sama- sama kita hayati satu hadis dari junjungan mulia Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w yang membawa maksud:

Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”

- hadith Riwayat Imam Ahmad-
-gambar contoh-

Dalam hadis yang seterusnya juga ada memerihalkan akan golongan penghuni neraka di mana Rasulullah s.a.w bersabda yang membawa maksud:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


Persoalan :

1] Adakah hukumnya sama dengan rambut palsu walaupun tersorok?

2] Apa hukumnya pada orang yang terlibat secara langsung/ tak langsung dengan menjual, mempromosi, menyebar etc

Jawapan:

1)samalaa...bahkan 2 in 1: menggunakan rambut palsu, kemudian membuat bentuk bonggol unta. Bonggol unta itu juga adalah sejenis tabarruj...

2) jika ia tercela dan terlaknat, maka penjualnya pun turut terlaknat...kaedah fiqh, setiap yg haram, apa jua yg berkaitan dgnnya turut diharamkan

Menariknya pada sy di sini,
Bonggol unta itu juga adalah sejenis tabarruj...
Sedangkan selama ni saya alpa dan hanya melihat tabarruj sebagai mekap dan perhiasan yang berlebihan termasuk baju kerkilauan


Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)


Dan kesimpulannya adalah;


Tidak kira samada pencipta fesyen bonggol, pembawa idea fesyen bonggol ke malaysia, pengilang dan pengedar, tuan butik dan pekerja2, tuan majalah yang membantu menyebarkan iklan@ pengiklan, editor majalah, penerbit majalah, pemborong majalah, pemandu lori yang mengedarkan majalah, tukang angkut kotak2 majalah masuk ke kedai buku, tuan kedai buku dan pekerja, pemakai fesyen bonggol.orang yang mempromosi gaya samada secara sengaja/ tak sengaja...

Maka semuanya tergolong sama sekali sebagai antara yang mendapat tempiasnya...
Is there any possibility that we as the readers might also get some shares?

Betapa sedihnya melihatkan para2 wanita yang menjadi mangsa fesyen sebegini, terutama kepada yang tahu tapi membutakan mata dek hasutan nafsu. Saudariku sekalian, ayuhlah bangkit. Berfesyen itu tidak salah, bahkan Islam tidak mengekang penganutnya untuk mengikut arus fesyen yang terkini. Bergayalah mengikut syariatnya, mengikut hukum Pencipta langit dan bumi serta segala isinya yang Maha Agung. Bukan saja anda mendapat saham dari perbuatan anda, bahkan turut mendapat saham yang tidak putus bilamana anda menjadi ikutan orang lain yang mendefinisikan kecantikan dari persepsi yang songsang.

Mari sama2 kita muhasabah diri dengan satu sabda Baginda Nabi s.a.w yang bermaksud:


"Aku mendatangi syurga maka ku lihat kebanyakan penduduknya adalah para faqir dan aku mendatangi neraka maka aku lihat kebanyakan penduduknya para wanita"

[HR Bukhari : 3002]

 

Saudaraku sekalian, fahamilah olehmu akan erti TANGGUNGJAWAB. Berpesan2lah pada saudara perempuanmu yakni ibu, adik beradik perempuan, isteri dan anak perempuanmu kerana kalianlah penjaga mereka, yang akan diperTANGGUNG ke atas bahu anda akan hal2 mereka di dunia, untuk diJAWAB di akhirat kelak.


Yang tertutup itulah yang terpelihara.
Dan yang terpelihara itulah yang indah.
Sedangkan yang indah itulah yang dihargai.
Begitulah ibaratnya, sesempurna sebutir mutiara yg sinarnya berkilauan...
Dek kerana terpelihara indah di dasar lautan.


Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa kami atas segala kejahatan
dan kemaksiatan yang kami lakukan,
baik yang disengajakan dan juga yang tidak disengajakan...

Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu dari diri saya sendiri yang serba kekurangan. Sebarang teguran akan mana2 pendapat yang bercanggah berkenaan hukum terutamanya adalah amat dialu-alukan.


Wallahu'allam.

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL.
YANG BAIK BERTERUSAN, INSYAALLAH…

0 comments for this post

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails