Penawar resahku. Untukmu.

By farhan ali on 11:33 PM

Filed Under: ,

Kerap kali apabila melangkah dalam kehidupan kita, kita mula merasa penat. Kita mula merasa jemu. Kita mula merasa sedih dan takut dengan tekanan- tekanan yang menggasak di kiri dan kanan. Kadang- kadang kita terhenti, terjatuh bahkan tersungkur ke bumi. Ada yang bangun dan meneruskan kembali langkah dengan tabah. Ada yang terkial- kial bangun dan berpatah arah. Dan ada yang berdiri, memendam rasa sambil menoleh ke depan dan belakang. 
Arah mana yang harus dipilih?

‘Sy amat penat mentally dan physically,’
‘I’m totally exhausted.’

Dan macam- macam lagi.

Wahai teman. Kenapa harus mula goyah?

Telah separuh jalan kita lalui. Betapa banyak gunung menjadi alas kaki kita. Betapa telah banyak kerikil kita sisihkan ke tepi jalan. Betapa hampir gondol bukit- bukit bilamana rumput alasnya kita lenyek. Betapa banyak kepul- kepul awan yang begulung di sepanjang jalanan, mencemburui tekad matlamat kita waktu itu. Hampir dekat kejayaan yang diburu.Ini bukan masanya lagi untuk kita lepaskan semua. Jangan ibarat mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan. Ea, nak macam tu ke?

Ada saatnya kita mula hilang punca. Tak tau apa yang patut dipilih, tak tau lagi apa yang kita mahu.
Tapi cubalah bertahan. Bisikkan ke hati, ‘sy akan ok balik lepas ni. Pasti. InsyaALLAH!’

Yakinlah pada kuasa yang tak terjangkau, hamparkanlah sepenuh pengharapan kita kepadaNya. Takkan Dia hampakan hamba- hamba yang berharap semata- mata padaNya. Tegurlah hati kita. Tidakkan mampu kita teruskan hidup di dunia mahupun di akhirat tanpa rahmatNya.


la haula wa la quwwata illa biLLAH.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan ALLAH.


 وَإِلَى اللّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ
Dan (ingatlah) kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. (Al-Anfal:44)

Insyaallah.

Sekadar berkongsi, suatu hari, saya berasa sangat tertekan dengan segala macam dugaan. Khabar diterima dari kampung mengatakan ayahanda tercinta jatuh sakit selama beberapa hari. Dan saya pula bakal menduduki 3 ujian dalam masa terdekat yang tidak memungkinkan untuk saya pulang. Tak cukup dengan itu, urusan dengan 2,3 persatuan menjadikan jadual harian saya padat tanpa sehari pun cuti dalam masa seminggu. Assignments melambai- lambai sehingga meremehkan ahli kumpulan dek kerana kesibukan diri. Saya tidak punyai masa untuk mengulangkaji untuk ujian nanti. ‘Ya Allah, aku tak sanggup lagi, nak berhenti!’ kata hati merintih dan memberontak. 

Usai solat isyak, terdetik di hati untuk mengunjungi laman twitter peribadi.

BiizniLlah. Ayat pertama yang sy terpandang kat laman utama.
bersabarlah hingga Allah memberi keputusan dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya (10:109)

Ayat kedua.
Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan (11:115)

Ayat ketiga.
janganlah kamu bersedih hati (16:127)

Ayat keempat.
bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar (30:60)

Dan ayat kemudiannya.
dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu (31:17)

Sabar. Sabar. Sabar.
Intipatinya semua sama. Menyeru supaya bersabar.

Sabar itu sebahagian dari iman.

Tatkala itu, serasa insaf dengan betapa ceteknya menakung sabar di hati. Umpama kolam yang hampir kering, airnya sudah mencecah dasar.

Allah SWT pesan suruh kita sabar bila ditimpa musibah dan mehnah. Allah sudah permudahkan segalanya untuk kita. Dia bagi petunjuk dan peringatan yang saya rayu dalam tiap sujud. Saya sebenarnya sedar, malah terlalu sedar yang Allah sentiasa penuhkan apa yang saya ingini. Rasa seakan Dia menyayangi saya.Maka waktu itulah saya kembali sedar diri sedar diri yang saya tak layak untuk cintaNya yang agung. Kasih dan rahmat dariNya pun terlalu luas tak terhitung, seluas hamparan langit, bumi dan segala isinya.


وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar. 

Ujian dariNya, bukan tanda Dia tak sayang. ‘Allah sayang semua’, teringat pula saya pada tagline artikel- artikel Persatuan Mahasiswa Hadhari. Tiap titisan air mata dan pilu hati kita itu telah Dia kira, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Bahkan itulah yang terbaik, kerana Dia tahu, hati- hati sebegini lah yang lebih lunak dan lebih dekat kepadaNya. Untuk selalu mengingatiNya. Itu tanda kasihNya. Itulah tanda sayangNya. Dialah ar-Rahim.

Sahabat yang dikasihi, maka janganlah mudah kita menyangka yang melulu. Kerana Dia terlalu dekat dengan prasangka hamba2Nya.

Jangan sedih. Jangan gundah. la tahzan, innaLLAHa ma’ana

Ada satu doa yang diamal oleh Rasulullah s.a.w setiap kali selepas memberi salam pada akhir solat semasa menyapu wajah dan kepala. Adalah baiknya jika dapat kita sama- sama amalkan insyaAllah.

BismiLLAHi ladzi la ilahaa illa huwa ar-Rahman a- Rahim. 
Allahumma azhab ‘anni al-hamma wa al-hazana

Sebelum berakhirnya perkongsian yang tidak seberapa kali ini, marilah sama- sama kita berdoa dan memohon keampunan dariNya. Moga kita dan umat islam seluruhnya dirahmati Allah selalu, diperjauhkan dari sedih dan gundah, dan diberi keberkatan dalam berjuang di jalanNya.

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan muslim" (Al- A'raaf:126)


DOA YANG PERLU DIBACA PADA MALAM-MALAM RAMADHAN
(TERUTAMA NYA 10 MALAM TERAKHIR)

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan" [HR Tirmidzi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh al-Albani]



Allahu'alam. Moga bermanfaat.

p/s: Tiap yang baik adalah dari Allah, dan tiap yang buruk dan kekurangan adalah dari diri saya sendiri. 

0 comments for this post

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails