Riya' membinasakan ibadat.

By farhan ali on 12:25 AM

Filed Under: , ,

Pada suatu waktu sahur, seorang abid membaca Al-Quran, surah "Thoha", di biliknya yang berhampiran dengan jalanraya. Selesai membaca, dia berasa amat mengantuk, lalu tertidur. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat seorang lelaki turun dari langit membawa senaskhah Al-Quran. 

Lelaki itu datang menemuinya dan segera membuka kitab suci itu di depannya. Didedahkannya surah "Thoha" dan dibeleknya halaman demi halaman untuk tatapan si abid. Si abid melihat setiap kalimah surah itu dicatatkan sepuluh kebajikan sebagai pahala bacaannya kecuali satu kalimah sahaja yang catatannya dipadamkan. 

Lalu katanya, "Demi Allah, sesungguhnya telahku baca seluruh surah ini tanpa meninggalkan satu kalimah pun". "Tetapi kenapakah catatan pahala untuk kalimah ini dipadamkan?" Lelaki itu berkata. 


al-pesbuk

"Benarlah seperti katamu itu. Engkau memang tidak meninggalkan kalimah itu dalam bacaanmu tadi. Malah, untuk kalimah itu telah kami catatkan pahalanya, tetapi tiba-tiba kami terdengar suara yang menyeru dari arah 'Arasy : 'Padamkan catatan itu dan gugurkan pahala untuk kalimah itu'. Maka sebab itulah kami segera memadamkannya". Si abid menangis dalam mimpinya itu dan berkata, "Kenapakah tindakan itu dilakukan?". 

"Puncanya engkau sendiri. Ketika membaca surah itu tadi, seorang hamba Allah melewati jalan di depan rumah mu. Engkau sedar hal itu, lalu engkau meninggikan suara bacaanmu supaya didengar oleh hamba Allah itu. Kalimah yang tiada catatan pahala itulah yang telah engkau baca dengan suara tinggi itu". Si abid terjaga dari tidurnya. "Astaghfirullaahal-'Azhim! Sungguh licin virus riya' menyusup masuk ke dalam kalbu ku dan sungguh besar kecelakaannya. Dalam sekelip mata sahaja ibadahku dimusnahkannya. Benarlah kata alim ulama', serangan penyakit riya' atau ujub, boleh membinasakan amal ibadat seseorang hamba Allah selama tujuh puluh tahun". 

Wuallahualam.Bsama2 lah kita mnghindarkan diri drpd syirik asghar ini.. Nauzubillah. 

2 comments for this post

salam perjuangan shbat,

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

riak boleh berlaku dlm dua keadaan..pertma, ketika kita berasa ujub dgn diri kita@rasa bngga dg amlan kita..yg kedua jika kita rasa takut untuk buat orang rasa kita riak@menunjuk pun sebenarnya boleh timbulkan rasa riak..mudah-mudhan Allah memelhara kita drpda kedua-duanya..amin

syukron.ats.in4mation:)

Posted on September 26, 2010 5:48 AM  

alhamdulillah (:
salam ukhuwah sahabat, moga hati kita terpelihara insyaallah.
terima kasih atas perkongsian

Posted on November 8, 2010 8:35 AM  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails