MALAYSIA SEBUAH HUB PUSAT HIBURAN MALAM

By farhan ali on 9:58 AM

Filed Under:

Allahuakbar...

Dalam kesibukan mentelaah pelajaran dalam musim peperiksaan semester akhir yang sedang melanda universiti- universiti di Malaysia ini, perhatian tiba- tiba teralih pada satu artikel ILuvIslam yang dipostkan oleh seorang teman yang bertajuk MALAYSIA SEBUAH HUB PUSAT HIBURAN MALAM. Panas hati dibuatnya. Inikah Malaysia yang bercorakkan dasar pandang ke timur? Ke mana habisnya nilai- nilai jati dan ciri sebuah negara Islam? Belum habis panas isu pertunjukan 'fesyen islam' yang tak sepertinya, ini pula yang menjadi pengganti.

Pemimpin kita, inilah pemimpin kita pada hari ini. Rakyat sepatutnya sudah nampak boleh nampak dengan jelas, bagaimana acuan negara yang bakal dicorakkan. Apa perlu negara ini dilanda tsunami atau ribut taufan dahulu baru hendak terhegeh- hegeh kembali kepada ajaran Islam? Apakah perlu suasana aman ini diganti dengan perang yang menuntut penumpahan darah yang tidak sedikit baru mahu bangkit menjulang senjata? Apakah mesti dengan keganasan barulah kita dapat membuka mata yang sudah lama celik tapi buta?

We look, but we cannot see. We listen, but we cannot hear. We touch but we cannot see.
Maka tiada gunanyalah kita menjadi manusia. Hatta tunggul kayu pun dinilai lebih berharga.

Lagipun, nak diwujudkan kelab- kelab malam itu untuk siapa? Remaja Islam, pemuda Islam? Belum cukup lagi memanjakan orang kafir dengan pusat pengilangan arak yang besar tahap tak ingat kubur?

Ihfazna ya rabb...

"dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari  main- main dan gurau senda belaka, dan sungguh, kampung akhirat itu lebih baik bagi orang- orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
Surah al-Anfal : 32

---mula artikel.


Hasrat pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Malah satu daripada 12 projek permulaan (EPP) itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, maka makin mudah lah artis seperti Adam Lambert untuk mengadakan konsert di negara Islam ini.

Lapor Malaysiakini, lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Adakah kerajaan tidak 'aware' bahawa sangat ramai pemuda Islam dan Melayu yang mengunjungi kelab-kelab malam di kota-kota? Tidakkah mereka membaca surat khabar Harian Metro atau ambil pengajaran dari rancangan Edisi Siasat atau 999?

Masyarakat kita makin tenat dek gejala sosial yang tidak pernah berkurang dan kerajaan berhasrat untuk menyediakan lebih ruang dan peluang untuk maksiat?

Adakah berbaloi hasrat ini hanya kerana ia mampu meningkatkan pendapatan negara dan kita pula perlu membayar nilai itu dengan masyarakat yang semakin hancur kerana lorong nafsu semakin luas terbuka?
Persoalan lain adalah, tiadakah cara lain yang boleh kita usahakan untuk memantapkan lagi industri pelancongan negara?

Semoga pihak kerajaan menilai semula langkah ini kerana pastinya rakyat tidak berkenan dan kecewa dengan berita ini.

Memetik apa yang yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin,

"Lorong ke Syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke Neraka itu dengan mengikuti hawa nafsu". (Hadis riwayat Abu Daud & Ahmad, Albani : Sohih )

"Sesungguhnya Allah swt berkata kepada Adam (a.s) : Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka, maka berkata Adam : Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka. Jawab Allah : dari setiap seribu orang, sermai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga. ( Hadis riwayat Ahmad & At-Tabrani dengan sanad yang baik : Majma' Az-Zawaid, no 18621)

Dari hadis di atas, jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang sahaja yang layak ke syurga. Justeru, mengapa industri nafsu ingin dijadikan sumber pendapatan?

Bukankah lebih baik jika pihak kerajaan berusaha untuk membawa kita rakyat-rakyatnya ke arah mendapatkan syurga Allah..

---artikel tamat. 

p/s: pelik dan sungguh aneh sekali, bilamana cadangan sebegini yang keluar dari otak pemimpin islam.

6 comments for this post

i've read that article and my heart cried. matlamat tidak pernah menghalalkan cara.halalkah duit yang akan diperolehi nanti???? astaghfirullahal 'aziim. sebagai mahasiswa, perlu celik dan membuka minda dengan apa yang berlaku di dunia semasa. dengan itu barulah kita sedar, banyaknya tanggungjawab terpikul di bahu.

Posted on October 27, 2010 2:47 PM  

Kalau sudah PM sendiri cakap macam ni tahap bahaya dah negara kita ni. Entah apalah lagi lepas ini. Menteri-menteri lain pun angguk-angguk saja. Kita? hmm

Posted on October 27, 2010 6:20 PM  

Saudari Saie,

tepat sekali, matlamat tdk menghalalkan cara. bagaimana mahu membina negara islam yg gah jika asasnya sendiri adalah dari hasil maksiat? sy sendiri tidak pasti bagaimana halal tuju masa hadapan. sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda, "Ssiapa yg berada dalam syubahat, sama seperti berada dalam haram", inikan pula yg sudah terang-terangn.

Posted on October 27, 2010 6:40 PM  

saudari nunui,

sebab itu sangat penting untuk memilih pemimpin yg bertnggungjawab dan menjga amanah rakyatnya. kita generasi pelapis ini harus sedar dan celik. sebarkn mesej pada masyrakat yg belum sedar dr tidur mereka.

Posted on October 27, 2010 6:45 PM  

untuk apa pop-up tu..? kenapa? bagaimana? tak faham la...cerita sikit..

Posted on October 29, 2010 12:14 AM  

alkamuntinji, enta memang nak kena smackdown. terkejut sy tgk nama td.

jawapan insyaallah bakal menyusul..

Posted on October 30, 2010 9:44 PM  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails