Maher Zain - Ya Nabi

By farhan ali on 9:37 AM

comments (0)

Filed Under:



Tema maulidurrasul kali ni, ambil mood awal (:
Sollu 3la Muhammad s.a.w

Di antara HUKUM dan CINTA, satukanlah keduanya.

By farhan ali on 8:44 AM

comments (0)

Filed Under: , ,

It’s a human psychology that the more we cling to a person, the further he/she will go. Whenever there are persons that we adore, never stick to them like chewing gum. If we were to like some persons, just react as if nothing ever happens. Let them go, free them away. If they come back, then they are forever yours. If they are not, then they are never meant to be. That’s why some people said love is just like a butterfly. But I won’t guarantee if it might really work on nowadays. Letting someone easily go from our life means we aren’t appreciate them so that once they go, they won’t come back.

Use our common sense, it’s neutral though.

We deserve what we give. If you want something, then you have first to give it out to someone other. What goes around comes around. When you give kindness, you will receive not deceived. When you act humble, people respect and honor you enough. You give a smile, you get smiles all around. But if you give heart, you will get hurt. So don’t! ngee XD If you give love, you will be loved in return. Doesn’t matter it’s a love as a daughter or son, parental love, love among friends etcetera etcetera etcetera since it’s so general. Love the world. Love all.

KALAU BUKAN KITA, SIAPA?

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu 
sehingga dia mengasihi saudaranya 
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri" 

-Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Demikian, secara umumnya. Secara khususnya pula, saya ingin mengajak kita semua memperhalusi soal adab, akhlak juga sikap dalam hubungan sesama insan bersaudara. Sudah menjadi tabiat pada kita hari ni untuk berbuat baik, bermanis muka hanya kepada orang yang kita kenal. Berkata- kata sopan dan bertegur sapa dengan orang- orang sekeliling yang memang familliar. Selalu terlupa akan pentingnya untuk menjalin lebih banyak silaturrahim, untuk mengikat lebih banyak hati, langsung terlupa padahal kita semua bersaudara. Tak perlu tuding pada orang, diri ini sendiri pun kadang sedar kadang tak sedar. Kadang orang yang tegur kita terlebih dahulu. Kadang orang yang menunggu pandangan kita dahulu sebelum hulurkan senyuman. Malu dan segan nak mulakan? Adakah malu itu bertempat? Malu nak bagi salam? Atau malu untuk beridentitikan islam? Mengambil imej barat, mendengar lagu yang mengangkat hedonism takde pula rasa malu? Jika mahu tunggu orang lain memulakan, menunggu sehingga ia menjadi suatu kebiasaan maka barulah kita mahu terhegeh- hegeh menyertainya, maka berapa lama lagi tempoh masa perlu kita tunggu? Suka saya meng-quote kata2 seorang senior ini,

 ‘Kalau bukan kita, siapa? Kalau bukan sekarang, bila?’

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang sebahagiannya berbunyi, “… afshus salam bainakum.” Jelas maknanya di situ, “… sebarkanlah salam di antara kamu.”


LIHAT, CINTA ITU TANDANYA IMAN!

Dalam hadis penuh yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud,

       Daripada Abu Hurairah r.anhu berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaanNya. Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling cinta menyintai. Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jikalau kamu dapat melaksanakannya sudah pasti kamu akan menjadi orang yang saling cinta menyintai sesama kamu? Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Nah lihat, cinta juga tanda keimanan. Kita cinta pada Allah s.w.t. Kita cinta Rasulullah s.a.w. Kita cinta ibu dan ayah. Kita cinta para sahabat. Cinta pada Allah terserlah pada kepatuhan kita akan suruhanNya serta menjauhi laranganNya. Cinta pada Rasulullah s.a.w, maka kita mengangkat sunnah dan pesanan baginda untuk kebaikan umat dalam proses matlamat utama yakni menggapai redha Allah. Cinta pada kedua orang tua dengan taat pada mereka selagi tidak menentang hukum Allah. Cinta pada sahabat, dengan membantu dalam kesulitan urusan, membakar semangat dalam berjuang di jalan Allah, juga bersama- sama menunaikan hak sesama saudara yakni saling memperingati di sepanjang jalan menuju ke syurga abadi. Dan nah, semua cinta- cinta ini kemudiannya kembali berpusat kepada cinta nan satu, yakni cinta kepada Allah! Lillahi taala. Itulah yang sebenar- benarnya. Itulah punca kepada sebuah iman yang bersinar menghidupkan sekeping hati. Dan come on-lah, jangan sempitkan definisi cinta itu hanya kepada landasan cinta makhluk antara lelaki dan perempuan.


SEBUAH TEGURAN, TANDA CINTA ALLAH

Dan di sebalik tiap2 sesuatu hal itu terjadi pastinya bersebab. Semuanya membawa peringatan dari Allah s.w.t atas sifat-Nya yang Maha Pengasih, melalui apa jua perantara, untuk menarik kembali hati hamba- hambaNya yang sering terleka. Dan penyebab artikel kali ni keluar juga ada peristiwa di sebaliknya, yang banyak terkesan juga membawa keinsafan pada saya sendiri. Yang panjang dipendekkan, maka alkisahnya baru- baru ini dengan kehendak Allah, saya dipertemukan dengan dua orang wanita separuh abad pada suatu malam. Oleh kerana sudah terbiasa bertemu dan bermuamalat dengan manusia, maka datang waktunya bilamana saya kurang sensitif dan mengambil mudah akan adab selayaknya bila dua orang bersaudara itu bertemu. Membiarkan masing2 dengan urusan sendiri, saya pun menangguhkan niat untuk bertegur sapa ke akhir pertemuan. Sekadar menjadi pemerhati bisu, sehinggalah salah seorang wanita tadi menghampar sehelai sejadah di saf hadapan, sedangkan dia sedang memegang sehelai lagi sejadah yang lain di bawah telekung putihnya.

Buat apa ambil sejadah lebih, makcik ni terlupa kot,’ terdetik kata dalam hati.

Kemudian bila dia hampar satu lagi sejadah di sebelahnya, hati saya tersentak kecil. Saatnya bilal melaungkan iqamat, dan wanita- wanita ini berdiri dan berpaling ke belakang. Menghadiahkan semanis- manis senyuman tanda mengalu- alukan saya untuk segera menyertai jemaah. Dan di mata keduanya terpancar sinar keikhlasan. Astaghfirullah al-azim. Dan saya termalu sendirian. T-T Saya yang lebih muda ini sepatutnya menegur terlebih dahulu. Atau paling kurang menghadiahkan senyuman. Ni terbalik, siap sempat berprasangka dekat makcik tu tadi. Sekali bila beliau siap hamparkan sejadah untuk saya, rasa macam menerima tamparan halimunan. Aduh! Bila difikir- fikirkan, itulah dia sifat sombong dalam keadaan kita tidak sedar. Dan betapa anjuran Rasulullah itu saya ringankan!

Insaf.

Betapa kejadian ini menyedarkan saya akan banyak perkara. Dan pertemuan seterusnya, sekali lagi wanita yang terpuji ini juga berjaya mendahului saya, sekali menghampar sejadah di sebelah kanannya seperti biasa. Segan sekali lagi menguasai diri. Usai solat, dia menegur saya.

“sekolah dah buka ke?”
“eh?” saya terkejut. Sekolah? Riak terperanjat tak sempat nak cover, haih!
“uitm dah buka ke?” soalan diubah mengikut tahap umur yang bersesuaian.
“oh belum, minggu depan baru start.”

Terperanjat sebab perasan makcik ni anggap saya masih di bangku sekolah. Selebihnya terperanjat sebab dia dapat teka saya ni pelajar uitm. Hihi. Maaf, bukan sengaja nak perasan terlebih muda. Bergurau.


PENUTUP : CINTAILAH HUKUM ALLAH DENGAN SEBENAR- BENARNYA

Apa- apa pun, tersemat di hati saya untuk mengikuti dan mendahului contoh sedemikian insyaallah, jika diizinkan Allah lagi pada masa- masa akan datang. Bukanlah berlumba untuk menghampar sejadah atau menghulurkan salam semata, tapi kepada semua perbuatan baik secara umumnya. Berlumba- lumba dalam mengerjakan kebaikan, dalam usaha menagih pandangan rahmat kasih Allah. Muliakan saudaramu, lalu namamu tersemat di hati penduduk bumi, dan menjadi sebutan penduduk langit. Sungguh, peristiwa- peristiwa ini membuka mata saya akan banyak perkara, juga akan kekurangan- kekurangan diri dan akhlak secara peribadinya. Mudah- mudahan pengkisahan ini bisa menjadi pedoman dan teguran berkekalan pada saya sendiri juga pemuda pemudi sendi agama dalam usaha mempertingkatkan diri kita semua. Ayuh, bersama- sama memperbaiki agama dalam agenda tazkiyatun nufus dan mukasyafahul qulub. Jom, sematkan tekad semangat dan keberanian di hati. Remember, courage is not the absence of fear but rather the judgment that something else is more important than fear. The brave may not live forever but the cautious do not live at all. We are travelling the road between who we think we are and who we can be. The key is to allow ourselves to make the journey. Lillahi taala!

Ya Allah, ampunilah hambaMu yang sentiasa tidak sempurna ini. Bersihkanlah hati dan jiwa ini dari sifat- sifat mazmumah walau sekelumit cuma, wahai tuhanku yang Agung lagi Maha Suci.

Pesanan khidmat masyarakat,
Cintailah para penghuni dunia, dan kamu akan dicintai para penghuni langit.

Assalamu3laikum w.b.t.


p/s: yang baik segalanya dari Allah s.w.t, dan yang buruk dari kekurangan ilmu dan amal diri saya sendiri. Moga bermanfaat. Let us together spread the beautiful of ukhuwah islamiyyah (:

p/s 2: mode artikel: bercinta menuju ke syurga.

Diari : Kasih ayah tiada taranya...

By farhan ali on 2:50 AM

comments (0)

Filed Under:


Dalam hati saya, imej ayah adalah seorang yang selalu serius, garang dan tegas. Pendiam, kot. Bukannya saya tak pernah tengok ayah ketawa. Bukannya saya tak pernah tengok ayah meluangkan masa bermain badminton dengan anak- anaknya. Bukanlah ayah tak pernah bergurau dan mengusik saya. Bukanlah ayah tak pernah berkongsi makanan dengan saya. Bukan ayah tak pernah menyediakan makanan kegemaran saya tiap kali saya pulang ke rumah. Bukannya ayah tidak tahu warna kegemaran saya, bahkan siap membelikan ole- ole dengan warna tersebut setiap kali keluar outstation tak kira luar negeri atau luar negara. Tapi masih imej ayah yang sebegitu jugalah yang terlakar di hati tak berubah, dari dulu sampai sekarang.

Lalu bila sebulan yang lepas, suatu hari kakak- kakak mengusik saya, ketika kami semua masing- masing sudah mencecah usia awal 20-an dan menghabiskan masa bertiga selepas hampir 10 tahun, membuatkan saya kembali menilai masa yang lepas. Bermulanya bila saya mula geram diusik dan dibuli oleh kakak- kakak yang bertuah ni, saya baring untuk melelapkan mata. (Mereka memang suka berganding bahu menyakat saya sebenarnya haih) Tiba- tiba kak aishah menyanyikan sebuah lagu era 70 – 80-an kot sebelum kak aqilah menyampuk. (perbualan adalah secara rasminya dalam loghat melayu kelate’) Saya dengar tapi malas nak layan dah mereka ni.

kak aqilah: ayah dulu nyanyi lagu tu kat *saya*.
kak aishah: yelah, aku tengah nyanyikan untuk dia la nih.
Saya (dengan mata tertutup) : yelah tu…
kak aqilah: betullah. Ayah nyanyi tiap2 malam untuk dodoi *saya* tido. Tak ingat ke?

Saya tidak menyahut, berpura- pura telah terlena. Namun minda yang tadinya mengantuk kembali segar. Ayah pernah nyanyikan lagu untuk saya masa kecil- kecil? Menyanyi? Biar betul. Minda saya tidak dapat memadankan perkhabaran yang baru diterima dengan imej ayah pada mata saya selama ini. Saya meragui periwayat- periwayat itu heh. Waktu itu saya hanya bagi senyuman senget, dan dalam hati menyangkal tidak percaya walaupun yakin cerita itu pasti benar. Namun hari ni barulah mata hati saya celik bahawa segala imej negatif itu bukannya berpunca dari ayah.

Yang bermasalah itu adalah diri saya sendiri!

Saya sebenarnya yang lebih senang mendiamkan diri, lebih banyak tersenyum. Saya lebih biasa bercerita dan habiskan masa dengan ibu dari bersama ayah sewaktu usia remaja. Kerana atas perkara- perkara yang cukup saya seorang tahu, bermula saya di sekolah rendah, di hati saya telah bertekad untuk menghiburkan hati seorang ibu walau bagaimana jua caranya. Sehinggakan saya langsung terlupa betapa akrabnya saya dan ayah sewaktu zaman kecil- kecil dulu. 

AYAH TIDAK PERNAH AMBIL PEDULI

Bila menghabiskan cuti di kampung, ayah tidak meminta saya membantunya di kebun atau mengikutnya berburu di hutan. Itu saya tafsirkan yang ayah tidak mempercayai saya. Berbeza dengan ibu yang akan lembut memujuk saya dengan manisnya senyuman, meminta saya menemaninya hatta ke pasar sekalipun.

Sehingga bila waktunya untuk memilih jurusan untuk melanjutkan pelajaran, saya diberi kebebasan membuat pilihan. Kebebasan yang diberikan ibu saya tafsirkan sebagai tanda memahami. Kebebasan yang diberikan ayah ditafsirkan sebagai tanda tidak peduli.

Mudah bicara, saya terluka dalam diam dengan sikap ayah.

Sepanjang ingatan saya, tiap kali saya menghabiskan cuti di rumah, ayah tidak bertanya bila waktunya cuti saya akan tamat. Saya beranggapan ayah tidak pernah kisah akan keberadaan saya di rumah. Dan tidak ambil peduli untuk membantu mencarikan saya tiket, masakan pula mahu menghantar saya ke destinasi. Hanya ibu yang peduli, membuatkan hanya ibu berada di mata saya.

Suatu ketika sementara menunggu keputusan spm keluar, saya bekerja part- time di kantin sekolah. Membantu memasak (sebenarnya kupas bawang atau golek2 kuih, takpun goreng keropok je sebab tak pandai masak pun actually heh!), menjual makanan dan membasuh pinggan mangkuk. Abang dan kakak- kakak sebelum ini, ayah tak pernah izinkan mereka keluar bekerja. Hanya saya yang berjaya meyakinkan ayah untuk belajar berdikari di samping mengisi masa lapang. Tapi jiwa muda dalam diam beranggapan ayah mengizinkan, kerana ayah kurang menyayangi saya. Ayah tidak pernah ambil peduli. Lalu saya yang kepenatan selepas pulang pada waktu petang tiap- tiap hari, selalu tertidur sementara menunggu solat maghrib dan isyak. Sehingga pernah saya menyuarakan pada ibu, penat dan mahu berhenti kerja. (dalam hati sebenarnya gembira je dapat bekerja, tambahan bila dapat merasa pendapatan hasil titik peluh sendiri), sehinggalah tiba- tiba tauke mendapat tahu niat saya ingin berhenti. Kasih seorang ibu, yang kasihan melihat anaknya ini berpenat lelah.

Tapi saya buta keadaan sebenar.

Hanya ibu di mata saya. Yang menjadi penawar duka lara saya. Sedangkan ayah tidak ambil peduli.

DI SEBALIK DIAM NYA SEORANG AYAH

Sifat diam ayah selama ini, saya tafsirkan sebagai tidak ambil peduli. Di situ kesilapan saya yang terbesar.

Walhal yang sebenarnya yang saya tidak sedar, ayah tidak pernah mahu menyusahkan saya mengikut membantunya di kebun, kerana dia terlalu memahami saya. Dia tahu akan fobia saya terhadap si haiwan kecil makhluk penyedut darah yang lebih ditakuti saya berbanding seekot ular! Ayah pernah menyaksikan saya menangis di kebun buah- buahan hanya kerana digigit seekor pacat. Walaupun kejadian itu dah lama berlaku namun ia tetap kekal di ingatan ayah sehingga ke hari ini. (Buktinya dia telah menghebohkan cerita itu pada atuk dan pakcik kat kampung semasa hari raya aidiladha yang lepas. Mujurlah saya tak ikut pulang ke kampung waktu tu, kalau tak mesti malu percuma)

Dan ayah memberi kebebasan untuk memilih jurusan yang saya minati, kerana ayah memahami yang saya tak serius untuk memilih bidang perubatan. Awalnya ayah berkeras untuk saya teruskan pelajaran dalam jurusan sains, yang mana saya teruskan sehingga di matrik. Hasratnya mahu melihat saya menjadi seorang doktor. Seandainya bukan kerana ketegasan ayah, pasti saya sudah memilih mengambil subjek reka cipta instead of biology sewaktu tingkatan menengah atas. Kecenderungan saya lebih ke arah seni lukis, dan saya lebih berminat dengan pekerjaan kreatif seperti interior designer selain bidang counseling, motivator atau sains marin. Dan saya kecewakan harapan ayah, bila saya menolak tawaran meneruskan bidang perubatan ke rusia dalam temuduga fast-trek tajaan MARA. Walaupun mengharungi semua soalan dengan yakin, entah kenapa biarpun penemuduga berkali- kali cuba memastikan, di pengakhiran dengan yakin juga saya menolak tawaran tersebut. Kali kedua setelah menghabiskan pelajaran di matrik, sekali lagi berurusan dengan penaja untuk meneruskan pelajaran dalam bidang perubatan di Uni Zagaziq. Tapi kemudian saya mematikan niat, dan menyembunyikan hal tersebut dari pengetahuan ayah. Saya beralasan bahawa jika saya benar- benar serius untuk menyambung bidang medic, maka akan saya teruskan bila sudah berdiri atas kaki sendiri tanpa perlu lagi bergantung pada ayah juga ibu. Sememangnya saya tidak pernah berasa kesal dengan keputusan ini. (Dan sekarang rasanya niat mengambil medik seakan sirna)

Saya buta menilai tindakan ayah tidak pernah bertanyakan pemergian saya bukan kerana tidak ambil peduli akan kebajikan saya, kerana di sebalik keprihatinan ibu, sebenarnya ayah yang meminta ibu bertanyakan bagi pihaknya. Dan seterusnya seperti kebiasaan ayahlah yang sibuk bertelefon ke sana sini, mencari tiket bas pada saat- saat akhir buat anaknya ini. Hanya saya yang tidak tahu… ayah yang sentiasa bersusah memenuhi keinginan saya. Tambahan pula kebiasaan saya yang selalu menghabiskan waktu cuti hanya seketika, terlalu sibuk dengan program itu dan ini.

Saya keras hati menilai kasih ayah. Sehinggalah ibu memberitahu, soal berhenti kerja yang sampai kepada pengetahuan tauke tempat kerja saya (yang juga adalah rakan ayah sebenarnya), bukanlah dari lisan ibu. Tapi sebenarnya dari ayah. Sedangkan saya tidak tahu. Kerana ayah sebenarnya menjenguk di pintu bilik saya setiap petang, saatnya saya tertidur kepenatan. Ayah tidak mahu saya menyusahkan diri walaupun dengan alasan berdikari. Ayah sentiasa bertanya mengenai saya dari ibu, bahkan sebaik saja menjejak pintu rumah. Saat mendengar dari ibu, hati saya mencair. Ego saya meluntur. Saya kesal kerana telah terlalu lama mencurigai kasih sayang ayah. Terasa saya berdosa begitu banyak dengan ayah.

Dan banyak lagi perkara yang pada saya tidak perlu diungkitkan. Yang pasti, imej ayah yang dingin adalah silap saya sendiri. Hanya kerana saya yang mahukan ayah menjadi sempurna. Dan setelah sekian lamanya selepas bertahun- tahun, hari ini baru saya menyedari nilai kasih sayang seorang ayah.

Wahai tuhanku, betapa aku telah menjadi anak yang tidak sedar diri selama ini. Betapa aku berdosa pada ayahku dalam diam dan patuhku. Betapa aku telah melukakan hatinya tanpa aku sedari. Betapa aku mementingkan diri dan buta akan nilai kasih sayang ayah selama ini! Ayah, ampunkanlah anakmu!

Mulianya dirimu ayah,
Mencurahkan limpahan kasih yang tak keterlihatan
Memberi bakti tanpa menyuarakan
Menyintaiku tanpa menagih balasan
Menatahku dengan sempurna sepenuh perasaan
Memerhatikan dan membentukku mencintai titah Tuhan

Betapa selama ini hai Ayah,
Hatiku buta menilai sinar kasihmu
Mataku buta akan pengorbananmu
Aku terlalu sombong untuk menerima tanda cintamu
Keterbatasan akalku menidakkan penjagaanmu yang sempurna
Kosong jiwaku tak mengerti redup sayangmu

Maafkanku ayah!
Saat ini kusedar, titisan air mata takkan bermakna
Kata- kata takkan mampu menebus masa yang telah lama berlalu
Diamku telah lama melukakan jiwamu
Sebaris senyumanku menyeksa dek aku tidak pernah mengerti jiwamu
Saat ini kusedar, betapa telah aku biarkan masa berlalu sia- sia
Maka izinkan aku ayah, untuk membalas limpahan kasihmu
Jika diizinkan Allah, hai ayah, nantikan kepulangan anakmu ini
Selagi jantung masih berdenyut
Selagi nafas masih tersisa di rengkungan

Ya Allah, rupanya aku yang selama ini tidak cukup bersyukur akan nikmat-Mu yang tidak ternilai ini. Berikanlah aku kesempatan untuk menebus kesalahan ini untuk berbakti kepada ayah dan ibuku. Dan ya Allah, setinggi- tinggi pujian juga kesyukuran kepada-Mu kerana menyedarkan aku akan lena yang panjang, sebelum aku kehilangan insan tersayang buat selama- lamanya. Sungguh andai sedemikian terjadi, pasti aku akan menyesal seumur hidupku…

p/s: hargailah insan di sekeliling anda, sebelum anda kehilangan mereka selamanya.

Menutup Aurat Itu Seksi ?!

By farhan ali on 1:21 AM

comments (0)

Filed Under:

Puasa dan doa pada Hari Asyura (10 Muharram)

By farhan ali on 6:57 PM

comments (0)

Filed Under: ,


 Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1.    صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ;  Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu). 

5. Doa pada Hari Asyura :

يَا مُحْسِنٌ قَدْ جَــاءَكَ المُسِيْئُ ، وَقَدْ أَمَرْتَ يَا مُحْسِنٌ بِالتَّجَــاوُزِ عَنِ المُسِيْئِ ، وَأَنْتَ المُحْسِنُ وَأَنَـــا المُسِيْئُ ، فَتَجَــاوَزْ عَنْ قَبِيْحِ مَا عِنْدِي بَجَمِيْلِ مَا عِنْدَكَ ، فَأَنْتَ بِالمَعْرُوْفِ مَوْصُوْفٌ ، أَئْتِنِي مَعْرُوْفَكَ ، وَأَغْنِنِي بِــهِ عَنْ مَعْرُوْفِ مِنْ سِوَاكَ ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ  - ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis - Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy - Ibnu Qudamah - Juz IV / 440 - 442
2. Zaad Al-Ma'aad - Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah - Juz II / 63 - 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam - Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy - Hlmn. 70 - 75



Setiap tahun pada 10 Muharram bulan islam(hijriah)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya
walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails