Surah al- Zalzalah

By farhan ali on 8:33 PM

Filed Under:

[1]
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
[2]
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
[3]
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
[4]
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
[5]
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
[6]
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 


Jika tiba- tiba kita mencelikkan mata pada suatu hari, dan kita berada di dalam keadaan ini. Ke mana harus kita lari? apa yang mahu kita lakukan? Saat itu pekik raung, tangis juga lolongan kekesalan tidak lagi bermakna. Dan kita mula mnyesal kerana kurang melakukan amal, sedangkan hari- hari semalam telah kita lalui dengan penuh jijik maksiat... naudzubillah!


Fikir- fikirkan.

0 comments for this post

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails