Dalam satu kuliah tafsir seorang ustaz ada menyebut, nak jadi muhsinin (manusia yang baik, yang senantiasa bergelumang dalam kebaikan) itu bukan mudah.
Sebak.
Tak mudah, tidak sama sekali. Sememangnya keinginan untuk menjadi baik itu ada dalam diri setiap insan hatta dalam diri seorang penjahat sekalipun. Peluang untuk memperbaiki diri itu sentiasa ada. Bak kata orang putih dan orang tak putih, “There’s always a room for improvement” Allah SWT memberi peluang bertaubat selagi nyawa kita belum sampai di ubun- ubun. Namun begitu, akan hadir waktunya kita berperang dengan nafsu sendiri, melawan rasa malas yang menguasai hati. Akan hadir waktunya, bilamana orang- orang yang kita kasihi menentang kebaikan yang mahu dilakukan. Akan hadir waktunya, bila kita hampir ke arah berputus asa pada diri sendiri, kalah pada hasutan iblis dan syaitan.
Ustaz secara berseloroh mengatakan betapa ruginya manusia yang mengikut jejak langkah iblis dan kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka. “Kita ni hanya hidup sebentar, buat jahat sikit kemudian masuk ke dalam neraka. Rugi. Lainlah kalau syaitan, dia dah hidup lama sangat. Nak masuk neraka biarlah buat jahat sampai puas hati. Maka tak memadai. ”
Iblis itu,wujud sebelum kewujudan nabi Adam alaihissalam itu sendiri.
قَالَ أَنظِرۡنِىٓ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ
[al-A'raf :14]
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
Dan semenjak diusir dari syurga kerana mengingkari perintah Allah SWT untuk sujud kepada nabi Adam alaihissalam, telah ia meminta tempoh juga bersumpah untuk menyesatkan sekalian bani (keturunan) adam. Betapa derhakanya iblis kepada perintah Allah kerana terlalu sombong dan bongkak, bila diusir kali pertama ia bersumpah.
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
[al-A'raf :16]
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
Perkataan ( لَأَقۡعُدَنَّ) yang digunakan adalah dari (قۡعُدَ), kata asal yang bermaksud duduk. Iblis mahu menghalang/ menghadang usaha anak adam dari melakukan kebaikan. Fikirkan, kenapa ia tidak menggunakan perkataan berdiri? Andai seseorang berdiri di hadapan, menghalang laluan kita, kita senang menolak juga menjatuhkannya. Ulama tafsir mengatakan peranan perkataan duduk itu menunjukkan ia (iblis) mengguna apa jua cara bagi menyusah dan menyesatkan manusia. Ayat seterusnya menceritakan betapa makhluk laknatuLLAH ini berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan manusia dari pintu kebaikan samada dari bahagian hadapan, belakang, kanan juga kiri.
Atas?
Ulama mentafsirkan ayat ini berperanan menunjukkan bahawa kemuliaan dan kemuliaan Allah SWT itu melebihi kudrat iblis, maka iblis tidak dapat menghalang permohonan juga doa umat manusia dari sampai kepada Allah SWT. Ini tidak bermaksud menunjukkan keberadaan Allah SWT sebagai berada di atas atau di langit, kerana sifat Allah SWT itu bukan seperti makhluk ciptaan-Nya. Allah wujud tidak bertempat, Maha Suci Allah dari segala tanggapan yang tidak patut.

Kita, wahai sahabat yang dikasihi sekalian, tabahkanlah hati. Hidup di dunia ini umpama bermusafir untuk menuju ke kampung akhirat yang kekal. Perjalanan yang harus ditempuhi penuh ujian dan jalan yang berliku. Mungkin kita rasa lemah namun jangan berputus asa, jangan sedih dan jangan gundah. Jangan lekas tunduk pada sebuah kegagalan. Untuk memulakan langkah yang pertama itu tidak mudah, tetapi langkah yang pertama itulah yang bakal membawa kepada beribu- ribu langkah yang lain. Qutril khoto' wed dillinaa 'ala hilminaa - our many footsteps will lead us to our dream (Ehlam ma3ya - Hamza Namira)
Ingatlah bahawa sesungguhnya, Allah SWT tidak akan sekali- kali mengsia- siakan orang yang berusaha untuk menjadi baik.
Jangan takut kiranya kita tidak mendapat tempat di sisi manusia,
Tapi takutlah andai kita tidak mendapat tempat di sisi Allah swt kelak!
Mari berusaha, liLLAHI taala.
Mari beramal, untuk bekalan hari akhirat.
Mari mempersiapkan diri, untuk maut yang bakal menjemput bila- bila masa.
Mari menjadi hamba. Allahuakbar!
Wallahu'alam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments for this post