Andai bukan kita, maka siapa lagi?

By farhan ali on 12:54 PM

Filed Under:

We make a change, not for other people. But why is that, in every step that we made, there’d be many things appear to oppose our move?

Ini tandanya ujian, eh?


Ada perjuangan yang meruntun untuk turut terjun menyertainya. Usah dikira soal usia. Usah dihitung jumlah yang perlu dibelanja. Usah dibimbangi akan segala kesusahan dan cabaran yang bakal datang. Perjuangan itu perit dan pahit, kerana ganjaran syurga itu terlalu manis. Natijah yang ditunggu bukan di sini, tapi mahu ditagih di sana kelak. Walau hati gentar dan gusar. Walau hakikatnya sendiri masih mengumpul saki baki kekuatan yang tersisa.

Bila digasak dengan persoalan yang sama berkali- kali, kadang- kadang kaki turut berhenti melangkah seketika. Memberi waktu untuk menilai.

Tapi kamu perempuan. Susah.

Iye saya perempuan. Jadi? Apa saya tak layak menanggung amanah Allah?

Perjuangan kamu dituntut di medan yang selayaknya

Seperti semua yang lain? Menjadi robot dan tunduk patuh pada tugas yang ditentu manusia? Yang diperturunkan tradisi demi tradisi.

Selayaknya perempuan itu di rumah, aman dari fitnah. Bahkan itu fitrah kamu diciptakan!

Saya tidak menentang fitrah, tidak juga menyangkal kebenaran untuk memelihara diri dari fitnah. Hakikatnya zaman sudah berubah, cabaran pada masa kini datang hanya dari luar rumah sahaja bahkan jua dari dalam rumah itu sendiri. Jatuh kewajipan atas seorang perempuan itu untuk keluar menuntut ilmu, apalagi andai ilmu itu tidak mudah diperoleh hanya dengan duduk berkurung di dalam rumah berlagak suci sempurna. Sempurna dari fizikal tapi kosong di dalam tanpa ilmu.
There are things that right for you, but might be wrong for other people. Everyone have their own point of view, strengthen by their uniqueness way of thinking and the reliable rationales they have.

Begitu jua berbezanya pandangan saya. Tidak semua harus turun di medan juang yang sama. Kita ditetapkan dengan peluang yang berbeza, dan kelebihan yang berbeza. Jalan kita masing- masing Allah telah pilih, untuk membawa agama-Nya dengan keunikan jalan yang tersendiri. Baik dari segi bahasa, jantina, kaum, pekerjaan. Lelaki dan perempuan berlainan cara, namun syariat yang diamanahkan tetap sama. Seorang ustaz dan peniaga itu berbeza jalan untuk membawa agama. Yang penting usaha memelihara syiar dan menyebarkannya itu ada, walau siapa pun kita, walau di mana kita berada, walau melalui apa jua cara. Kita berada di pintu dan jalan yang berbeza, namun destinasi tetap sama. Itu jalan yang Allah tetapkan untuk kita, maka siapa kita untuk memilih, apatah lagi nak pandai2 tentukan jalan untuk orang lain? Terima sahajalah jalan kita, dan jangan disoal jalan orang lain. Jangan dihalang jalan orang, tapi tegurlah sebagai panduan andai kamu melihat kepincangan. 

Faham tak?

Di bahu telah tersandar tanggungjawab untuk memelihara syariat-Nya, dan hati juga menyanggupi. Bermula detik era untuk membentuk pelapis- pelapis baru, untuk mengisi peranan sebagai mata- mata rantai besi perjuangan dakwah Rasulullah SAW yang kukuh sepertimana sifat logam itu sendiri.

Gugur di sini tidak bermakna lupus, kerana hakikatnya di sisi Allah SWT tetap kekal hidup orang- orang yang syahid demi agama-Nya. Mereka mendapat segala sesuatu yang jauhnya lebik baik dari segala yang disinari cahaya mentari di muka bumi.

2 comments for this post

saya juga mau jadi seperti anem! :D

Posted on June 5, 2011 1:18 PM  

subhanallah nui. sy bukan sesiapa dan jauh amat dari definisi sempurna. mari kita jadi seperti apa yg diperintahkan Allah dan seperti apa yg dicontohi Rasulullah s.a.w (:

Posted on June 10, 2011 7:53 PM  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails